Wednesday, August 27, 2014

menternak VS mendidik

Dididik@ Diternak???

itulah sapaan pagi yang sempat saya belek sebelum ke sekolah hari ni....membaca dalam tempoh tak sampai lima minit di facebook benar-benar membuka minda saya.... ceritanya lebih berkisarkan tentang tanggungjawab ibubapa zaman ini yang lebih kepada `menternak anak`..hehehe...bukan saya kata..tapi artikel itu yang kata...dipendekkan perlakuan sesetengah ibubapa yang lebih gemar mengambil jalan mudah dengan menyediakan segala keperluan anak-anak (gajet, et all) demi    menjaga kelansungan kepentingan peribadi sendiri....ibubapa yang pantang dicabar jika anak mereka dirotan atau dimarah guru atas kesalahan yang mereka lakukan sendiri...ibubapa yang gemar membela anak-anak dengan mencabar guru..masyarakat ...bahawa anak mereka adalah yang terbaik.....lima minit pembacaan saya sungguh bererti....

lantas....saya ajukan soalan ini kepada pelajar saya yang berusia 15 tahun....(pada fikiran saya mereka ini sudah mampu membuat penilaian)....

saya: ali berdasarkan dua perkataan di hadapan mana satu pilihan awak?
ali : apa beza dua tu cikgu?
kawan ali : kau ni yang tu pun tak tau...dididik tu orang...ternak tu binatang....
ali:ooooo....saya dididik la cikgu...takkan mak ayah saya ternak saya...
cikgu:ok.....kalau macam tu..dari bulan satu sampai bulan sembilan berapa kali mak ayah awak datang jumpa cikgu kat sekolah tanya pasal pembelajaran awak...
ali: (sambil tersengeh)..sekali baru cikgu...(brim leee tueee)
cikgu: (saya tersenyum lebar..sampai telinga gamaknya).... betul ke awak ni di didik?
(kawan ali dah mula gelak...tapi terpancar wajah konfiusss)
ali:ntah la cikgu....
cikgu: sebulan berapa kali mak ayah awak tanya pasal kerja sekolah awak?
ali: kadang-kadang sekali..kadang-kadangg dua kali....banyak tak tanya lansung....
kawan ali: tersenyum simpul ....( mungkin dia fikir benda yang sama saya fikir)
cikgu:ali kalau awk bela lembu..banyak cawangan awk..agak-agaak awak la..satu cawangan tu awak turun pantau sekali setahun ke??
ali: ish...maa boleh cikgu..mesti saya g selalu..orang sekarang ni bukan boleh pecaya...lagi-lagi dia ni(tunjuk kawan dia)......hahahahahahhahaha.....\(besar gelaknya)
cikgu:    (saya fokus pada soalan saya balik )....jadi awak rasa awak ni di dik atau diternak?
ali:sah-sah la saya diternak cikguuuuuu (dengan yakin dan kofidennyeee dia menjawap).....

saya senyum lebar lagi meninggalkan ali.....kawan-kawan ali sakan tertawakan ali....namun sempat saya lihat...ada lagi dua tiga pelajar yang tersenyum pennuh makna melihat saya...

No comments:

Post a Comment