Wednesday, August 27, 2014

menternak VS mendidik

Dididik@ Diternak???

itulah sapaan pagi yang sempat saya belek sebelum ke sekolah hari ni....membaca dalam tempoh tak sampai lima minit di facebook benar-benar membuka minda saya.... ceritanya lebih berkisarkan tentang tanggungjawab ibubapa zaman ini yang lebih kepada `menternak anak`..hehehe...bukan saya kata..tapi artikel itu yang kata...dipendekkan perlakuan sesetengah ibubapa yang lebih gemar mengambil jalan mudah dengan menyediakan segala keperluan anak-anak (gajet, et all) demi    menjaga kelansungan kepentingan peribadi sendiri....ibubapa yang pantang dicabar jika anak mereka dirotan atau dimarah guru atas kesalahan yang mereka lakukan sendiri...ibubapa yang gemar membela anak-anak dengan mencabar guru..masyarakat ...bahawa anak mereka adalah yang terbaik.....lima minit pembacaan saya sungguh bererti....

lantas....saya ajukan soalan ini kepada pelajar saya yang berusia 15 tahun....(pada fikiran saya mereka ini sudah mampu membuat penilaian)....

saya: ali berdasarkan dua perkataan di hadapan mana satu pilihan awak?
ali : apa beza dua tu cikgu?
kawan ali : kau ni yang tu pun tak tau...dididik tu orang...ternak tu binatang....
ali:ooooo....saya dididik la cikgu...takkan mak ayah saya ternak saya...
cikgu:ok.....kalau macam tu..dari bulan satu sampai bulan sembilan berapa kali mak ayah awak datang jumpa cikgu kat sekolah tanya pasal pembelajaran awak...
ali: (sambil tersengeh)..sekali baru cikgu...(brim leee tueee)
cikgu: (saya tersenyum lebar..sampai telinga gamaknya).... betul ke awak ni di didik?
(kawan ali dah mula gelak...tapi terpancar wajah konfiusss)
ali:ntah la cikgu....
cikgu: sebulan berapa kali mak ayah awak tanya pasal kerja sekolah awak?
ali: kadang-kadang sekali..kadang-kadangg dua kali....banyak tak tanya lansung....
kawan ali: tersenyum simpul ....( mungkin dia fikir benda yang sama saya fikir)
cikgu:ali kalau awk bela lembu..banyak cawangan awk..agak-agaak awak la..satu cawangan tu awak turun pantau sekali setahun ke??
ali: ish...maa boleh cikgu..mesti saya g selalu..orang sekarang ni bukan boleh pecaya...lagi-lagi dia ni(tunjuk kawan dia)......hahahahahahhahaha.....\(besar gelaknya)
cikgu:    (saya fokus pada soalan saya balik )....jadi awak rasa awak ni di dik atau diternak?
ali:sah-sah la saya diternak cikguuuuuu (dengan yakin dan kofidennyeee dia menjawap).....

saya senyum lebar lagi meninggalkan ali.....kawan-kawan ali sakan tertawakan ali....namun sempat saya lihat...ada lagi dua tiga pelajar yang tersenyum pennuh makna melihat saya...

Saturday, August 16, 2014

Assalamualaikum.....

Wednesday, June 26, 2013

butikhomestay

b














Butik homestay.. Butik homestay menawarkan 
penginapan yang berkonsepkan keluarga dan penjelajahan. Terletak di pusat bandaraya Alor Setar, yang mengambil masa kira-kira sepuluh minit perjalanan ke pusat bandar. Memuatkan jumlah penguni yang ramai -20 orang...kami menawarkan sebuah rumah teres dua tingkatt corner lot, dilengkapi dengan empat bilik (setiap bilik mempunyai air-cond), ruang tamu (set kerusi rehat), telivisyen dan ruangan memask yang besar...dengan harga yang sangat berpatutan iaitu 300/semalam..kami menjanjikan sebuah percutian yang hebat. P/s...harga boleh dirunding jika menginap dalam tempoh yang lama. Sebarang maklumbalas atau pertanya boleh teru menghubungi no berikut 013-4064393 (nur haja) 013-4334569 (pn.noreha) Atau di facebook kami :butikhomestay Alamat : taman mergong rakyat, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Wednesday, December 12, 2012

batik orignal kelantan

batik kelantan..sulaman tangan sepenuhnya...ditambah dengan batu korea yg bermutu tinggi..harga 300 kebawah sahaja..warna danncorak yang pelbagai...sesuai untuk majlis-majlis rasmi..juga setiap hari khamis..bersama kita martabatkan batik tempatan..berminat boleh msj saya 013-4064393

Friday, November 2, 2012

i'm

ingin sekali memiliki...
dan..
dimiliki...

ingin sekali
dipilih...
tetapi
bukan memilih...

02112012
iman



harapan...

semua menuju ke arah itu...
yang pasti...
likuan yang terpaksa kita tempuhi...
pasti berbeza...

hak kita...
atau
sebaliknya...
itu sudah ditetapkan..
senyumlah...
......
.........andai
perancangan itu tidak mampu
menjadi kenyataan...

hati yang sedih..
atau
hati yang bersedih..
bukan pengubat segalanya..
tetapi..
itu adaah terbaik
untuk seketika bagi melupakan segalanya....

iman02112012.keil



me

ini adalah titik permulaan kehidupan...
andai senyuman ini gugur di pertengahan jalan..
tepuklah bahuku dan katakanlah...
sesekali kehidupan harus ditemukan dengan kesusahan....
agar senyuman dibibir itu....
sentiasa indah dan lebih bermakna...



iman 02112012.kl

Tuesday, October 9, 2012

rasa itu....

menilai sekeping hati....
dalam mencari kehidupan yang lebih bererti...
aku..
dihimpit rasa antara terpaksa dalam suka...
namun hati terus untuk mencuba....
mengharapkan penamatnya...
setitik rasa yang tiada harganya....
aku...dia...dan masa.....


10012012....Ya Tuhan...berkatilah aku...

Sunday, July 15, 2012

suratan atau kebetulan...

sesuautu yang tak disangka..
seringkali mendatangi kita..
itukah suratan..
dalam kehidupan
atau..
sekadar satu kebetulan...
kita asyik membicarakan..
persoalan hidup dan pilihan
serta kejujuran semakin berkurang..
masih tiada bertemu jawapan...

walau kita dihadapkan
dengan pelbagai pilihan
mengapa sering terjadi
pilihan tak menepati
hingga amat menakutkan
menghadapi masa depan
seolah telah terhapus
sebuah kehidupan yang kudus
-iman 15072012, taman jaya, kelana jaya 


kalah atau mengalah?

melihat gelagat manusia yang kalah pada satu perkataan....

kalah kerana kehendak?
atau
mengalah kerana keperluan?

biar mengalah asalkan jangan kalah...

-iman 15072012
-KL SOGO

why always us...

kami tidak pernah mengalah.
atau kalah...
dan
perbezaan itu..
membuatkan kami lebih bangga
akan siapa kami...


-iman 15072012
-rapid  kl


Thursday, July 12, 2012

waktu dan ketika ini

manisnya segugus kesabaran...
mahalnya nilai sebuah senyuman....
di kala diri sedang di uji dengan secubit ujian...





-iman12072012
-petaling jaya,selangor

Monday, July 9, 2012

harapan

just for my dad
haji Ab Rahman Mohammad
-pesta bunga, putrajaya
-08072012

siapa kita..

tiada hak untuk kita memaksa..
suka...
atau tidak..
semuanya atas kehendak
dan
keinginan diri sendiri...

penamat adalah penentu segalanya...
dimana kita..
siapa kita..
mengapa kita..
dan
apakah kita..
bakal menghiasi alam kita
akhirat kelak..

-iman 09072012
-bersandarlah pada niat, kelak kebahagian mengiringi pemergianmu
-pusat sukan lee chong wei

senyumlah selagi kita diberi peluang itu

kepuasan bila dapat menghasilkan sesuatu yg menarik.............................
..........biarpun hanya pada pandangan
mata sendiri...

hargailah bakat dan kelebihan yang
kita miliki..
'rendah' tak bermakna kita tidak sempurna..
dan...
'tinggi' juga tak membawa kelebihan
andai hanya tahu mengagungkan diri
sediri...



-iman 09072012
-senyumlah selagi kita diberi peluang itu
-klang lama, kuala lumpur

Sunday, July 8, 2012

patah tumbuh hilang beganti

kembangnya sang bunga dikala
lewat usianya..
bahagianya manusia di saat usia tua yang akan tiba..

-iman  07082012
masih di putrajaya

titipan kaseh ayah..

ku titipkan bunga ini untuknya..
tiada yang lebih bermakna..
untuk aku selain secebis rasa
kasihnya padaku..

walaupun jarak memisahkan kita..
masa yang sentiasa mencuri hak kita...
namun..
rasa cinta dan sayang itu tidak akan pernah padam...
kerana..
dia sentiasa berusaha untukku..
dan...
sentiasa ada untuk aku..

al-fatihah buat HAJI AB. RAHMAN MOHAMMAD...

-iman 07082012
-putrajaya

DSLR di hatikku

keindahan yang pasti
tiada kata-kata yang mampu diungkapkan...








-iman 08072012
-putrajaya

Sunday, July 1, 2012

kehendak vs keperluan

kehendak???
atau
keperluan...

berfikir sebelum bertindak?
atau
bertindak baru berfikir?

pilihlah mengikut keadaan..
masih ada yang 'menanti' dikala
kita mengatakan ya pada sebuah kekalahan...